Thursday 19 May 2011

Makna Sedekah

Daripada Jabir bin Abdullah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Setiap kebaikan adalah sedekah ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hilang Perasaan

Daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sebahagian daripada apa yang manusia ketahui tentang bicara nabi yang terdahulu :' Apabila engkau tidak merasai malu lakukanlah apa sahaja yang kamu mahukan .' "
(Riwayat al-Bukhari)

Ubat kepada Kesalahan

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Penyesalan adalah taubat ."
(Riwayat Ibn Majah)

Tidak Sempurna Iman

Daripada Anas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Terhalang daripada Rezeki

Daripada Thauban r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya seseorang insan terhalang daripada mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya ."
(Riwayat Ibn Majah)

Tiada Kasihan

Daripada Jarir bin Abdullah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang tidak mengasihani manusia, nescaya Allah Azzawajalla tidak mengasihaninya ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Banyak Tertawa

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Janganlah kamu banyak tertawa kerana ia mematikan hati kamu ."
(Riwayat Ibn Majah)

Manusia Bermuka Dua

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Kamu mendapati antara manusia yang terjahat adalah yang 'bermuka dua', ia mendatangi kelompok ini dengan satu wajah dan mendatangi kelompok yang lain dengan wajah yang lain ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mukmin Terhadap Mukmin

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pentingnya Berterima Kasih

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah ."
(Riwayat al-Tirmizi)

Penyembuh Penyakit

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuh untuknya ."
(Riwayat al-Bukhari)

Ghairah Terhadap Kemewahan

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan), sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredai ."
(Riwayat al-Bukhari)

Buruknya Takabbur

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur ."
(Riwayat Muslim) 

Kurniaan yang Baik

Daripada Abu Said al-Khudri r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar ."
(Riwayat al-Bukhari)

Mengingati Akhirat

Daripada Abu Said al-Khudri r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Ziarahilah pesakit dan iringilah jenazah, nescaya ia boleh mengingatkan kamu kepada akhirat ."
(Riwayat al-Haithami)

Wednesday 18 May 2011

Bukan Menunjuk-Nunjuk

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Bersedekah secara sembunyi 'memadam' kemarahan Tuhan ."
(Riwayat al-Tabrani)

Mohon Perlindungan

Daripada Muaz bin Jabal r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada ketamakan yang menjadi tabiat ."
(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Mahukan Kebaikan

Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Orang Gagah

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran Jalinan Silaturahim

Daripada Anas bin Malik r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturahim (dengan ihsan) ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Monday 16 May 2011

Orang yang Terbaik

Daripada Uthman bin Affan r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya ."
(Riwayat al-Bukhari)

Serangan Jahat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Perbuatan-perbuatan baik melindungi serangan jahat ."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Menjaga Amanah

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Orang yang bermesyuarat adalah amanah ."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Ujian Penghapus Dosa

Daripada Abu Said al-Khudri r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kedudukan Paling Buruk

Daripada Aisyah r.ha ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ibarat Perantau

Daripada Ibn Umar r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan ."
(Riwayat al-Bukhari)

Ujian Kaum Lelaki

Daripada Usamah bin Zaid r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Aku tidak meninggalkan selepasku suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday 12 May 2011

Tanda Orang Munafik

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tiga petanda orang munafik ialah apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Harta Sendiri

Daripada Abdullah bin al-Syikhir r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Wahai anak Adam! Adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang engkau makan lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya ( pada hari pembalasan ) ."
(Riwayat Muslim)

Wednesday 11 May 2011

Jenis Sikap Kasar

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka ,"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pembuka Segala Kejahatan

Daripada Abdullah bin Abbas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Hindarkanlah diri daripada arak, sesungguhnya ia adalah pembuka segala kejahatan ."
(Riwayat al-Hakim)

Pemusnah Kelazatan

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kelazatan (mati) ."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i)

Berkasih-Kasihan

Daripada Abdullah bin Amr r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka di bumi, nescaya yang di langit akan mengasihani kamu ."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Kebaikan dan Dosa

Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a :

Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang kebaikan dan dosa, laluBaginda menjawab :" Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya ."
(Riwayat Muslim)

Sampaikanlah Walaupun Sedikit

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israel .Tiada sebarang kesempitan dan dosa ."
(Riwayat al-Bukhari)

Memohonlah Sesudah Solat

Daripada Muaz bin Jabal r.a ., beliau berkata :

" Rasulullah mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata :' Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau .' Muaz berkata :' Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah dan demi Allah, aku juga mengasiha engkau .' Maka Rasulullah berkata :' Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan :' Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik kepada-Mu .' "
(Riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i)

Tuesday 10 May 2011

Haram ke Atas Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya ."
(Riwayat Muslim)

Insan yang Dibenci

Daripada Aisyah r.ha ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang amat keras permusuhannya ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang Bahagia

Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Berbahagialah orang yang diberi hidayah kepada Islam, manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada ."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Antara Rupa dan Hati

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu ."
(Riwayat Muslim)

Tiada Ketaatan

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tiada ketaatan kepada makhluk pada menderhakai Allah Azzawajalla ."
(Riwayat Ahmad)

Tempat Suci

Daripada Jabir r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pemusnah Sifat Baik

Daripada Jabir r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Takutilah sifat bakhil dan haloba. Sesungguhnya sifat bakhil dan haloba memusnahkan golongan yang sebelum kamu. Ianya mendorong mereka menumpahkan darah dan menghalalkan perkara yang diharamkan ."
(Riwayat Muslim)

Tiga Amalan yang Kekal

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Apabila seseorang mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya ."
(Riwayat al-Tirmizi)

Golongan yang Dibenci

Daripada Abdullah bin Umar r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tiga golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat ialah penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya ."
(Riwayat al-Hakim)

Kebaikan Meninggalkan

Daripada Abu Hurairahr.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya ."
(Riwayat al-Tirmizi)

Keberkatan Memberi Salam

Daripada Anas bin Malik r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan ."
(Riwayat al-Tirmizi)

Kekayaan Sebenar

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Penghulu Kiamat

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Akulah penghulu manusia pada hari kiamat ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hari Periksa

Menggigil tangan saya kerana terlalu lama menulis..dan tidak rehat pada pukul 10.30..akhirnya balik kena marah dengan mak..sekian terima kasih..

Thursday 5 May 2011

Ganjaran Kebaikan

Daripada Abu Mas'ud al-Ansari r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang Menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya ."
(Riwayat Muslim)

Berkorban Memegang Amanah

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati engkau ."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Berakhlak Baik

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya aku  diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik ."
(Riwayat Ahmad)

Sifat Lemah Lembut

Daripada Aisyah r.ha ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amanah dan Janji

Daripada Anas bin Malik r. a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan
 janji ."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

Kesan daripada Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalim keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk . Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah ."
(Daripada al-Bukhari dan Muslim)

Ciri-ciri Seorang Mukmin

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah Mukmin ."
(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Ketentuan Amalan

Daripada Sahl bin al-Sa'idi r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir ."
(Riwayat al-Bukhari)

Bergantung kepada Manusia

Daripada Abdullah bin Abbas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi ."
(Riwayat al-Haithami)

Jahat Terhadap Jiran

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tidak masuk ke syurga seseorang yang membuatkan jirannya tidak berasa aman dengan kejahatan dirinya ."
(Riwayat Muslim)

Kedudukan Malu

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Malu adalah sebahagian daripada iman , dan iman adalah di syurga ."
(Riwayat al-Tirmizi)

Terpedaya dengan Nikmat

Daripada Abdullah bin Abbas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya ialah sihat dan kelapangan ."
(Riwayat al-Bukhari)

Jalan Terpilih

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai  manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memilih Sahabat

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya . Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat ."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan Menakut-Nakutkan

Daripada sebahagian sahabat r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain ."
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Penyebar Fitnah

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tidak masuk syurga orang yang mengacum ( menyebar fitnah )."
(Riwayat Muslim)

Memelihara Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk ."
(Riwayat Ahmad) 

Wednesday 4 May 2011

Muslim Adalah Bersaudara

Daripada Abdullah bin Umar r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain , ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tipu Daya Dunia

Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air) ."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Monday 2 May 2011

Ilmu Itu Wajib

Daripada Anas bin Malik r.a ., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim ."
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)