Monday 20 June 2011

Rebut Lima Perkara

Daripada Abdullah bin Abbas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu muda sebelum engkau tua, sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum engkau sibuk dan hidup sebelum engkau mati ."
(Riwayat al-Hakim)

Pandang Orang di Bawah

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu iaitu ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah ."
(Riwayat Muslim)

Ganjaran Menziarahi Orang Sakit

Daripada Thauban r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang memungut ganjaran dari syurga sehinggalah dia      pulang ."
(Riwayat Muslim)

Amanah Pemimpin

Daripada Thauban, iaitu khadam Rasulullah, Nbi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat ."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Dua Kalimah

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Dua kalimah yang ringan dilisan, berat di mizan, disukai oleh al-Rahman iaitu Maha Suci Allah dan segala puji-pujian untuk-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Meredakan Demam

Daripada Aisyah r.ha ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya demam adalah daripada bahang neraka, maka sejukkanlah dengan air ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menyembunyikan Ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat ."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Dua Tempat Berbeza

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid . Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar ."
(Riwayat Muslim)

Kalimah Allah

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan   Allah ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Islam Kembali Asing

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Islam bermula dalam keadaan terasing . Ia akan kembali asing seperti permulaannya . Maka berbahagialah untuk orang yang terasing ."
(Riwayat Muslim)

Berkat Bersahur

Daripada Anas bin Malik r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday 19 June 2011

Syafaat Nabi SAW

Daripada Anas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar ."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Rumah di Syurga

Daripada Uthman bin Affan r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga ."
(Riwayat Muslim)

Amalan Pertama Dihisab

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya ."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Utusan Allah

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat ."
(Riwayat Muslim)

Pewaris Para Nabi

Daripada Abu Darda' r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya para ulama' adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar atau dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna ."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Kelebihan Selawat

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali ."
(Riwayat Muslim)

Berjalan di dalam Gelap

Daripada Buraidah bin al-Aslami r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat ."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Pertolongan daripada Allah

Daripada Ibn Abbas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Pertolongan Allah bersama jemaah ."
(Riwayat al-Tirmizi)

Mencela Orang Mati

Daripada Aisyah r.ha ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Janganlah kamu mencela orang yang telah mati, sesungguhnya balasan amalan mereka telah disampaikan ."
(Riwayat al-Bukhari)

Kurang Ketawa

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis ."
(Riwayat al-Bukhari)

Wednesday 15 June 2011

Ikhlas dalam Bersahabat

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Permudahkan dan Tenangkanlah

Daripada Anas bin Malik r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Permudahkanlah, janganlah menyusahkan , tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ringkas dan Padat

Daripada Abu Hurairah r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Aku diutuskan dengan perkataan-perkataan yang ringkas dan padat ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menghina Kebaikan

Daripada Abu Dzar r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Janganlah kamu menghina kebaikan sedikit pun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara engkau dengan wajah yang ceria ."
(Riwayat Muslim)

Pemutus Silaturahim

Daripada Jubair bin Mu'tim r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Tidak masuk ke syurga pemutus silaturahim ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doa Orang Dizalimi

Daripada Abdullah bin Abbas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah ."
(Riwayat al-Bukhari)

Tuesday 14 June 2011

Kaum Meniru Kaum

Daripada Abdullah bin Umar r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang meniru suatu kaum yang lain maka dia adalah daripada kaum itu ."
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Fitnah Terhadap Umat

Daripada Ka'ab bin I'yadh r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat 'fitnah'(kesesatan dan maksiat). Dan 'fitnah' terhadap umatku ialah pada harta ."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Dua Jenis Mata

Daripada Ibn Abbas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam mengawaljalan Allah ."
(Riwayat al-Tirmizi)

Ilmu Melebihi Ibadat

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas r.a ., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat . Kebaikan dalam agama kamu ialah warak ."
(Riwayat al-Hakim)