Thursday 11 August 2011

Zakat Fitrah

Ibn Umar berkata :

" Rasulullah s.a.w telah mewajibkan zakat fitrah (kepada umat Islam pada bulan Ramadan) ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hari Raya Aidilfitri

Rasulullah bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa menghayati malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati seperti hati orang kafir ."
(Riwayat al-Tabarani)

Pintu al-Rayyan

Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya di syurga itu terdapat satu pintu yang diberi nama al-Rayyan. Dari pintu itu orang yang berpuasa akan masuk pada hari kiamat kelak. Tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk melalui pintu itu. Kemudian, jika mereka telah masuk, pintu akan ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk melalui  pintu itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nuzul al-Quran

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

" Bulan Ramadan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)."
(Surah al-Baqarah 2: 185

Lailatulqadar

Allah berfirman yang bermaksud :

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Surah al-Qadr 97: 1-5)

Wednesday 10 August 2011

Bulan Pengampunan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan . Sesiapa yang melaksanakan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap redha Allah , maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syafaat di Akhirat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak . Puasa akan berkata : ' Wahai Rab, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya.' Al-Quran pula berkata :' Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya .' " Kemudian Baginda bersabda lagi :" Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat ."
(Riwayat Ahmad dan Hakim)

Iktikaf

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Rasulullah s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tadarus

Nabi s.a.w menceritakan bahawa Jibrail a.s membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali .
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan Sekadar Berolah Lapar dan Dahaga

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat haus dan lapar ."
(Riwayat Ibn Majah)

Solat Tarawih

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar ke masjid untuk mengerjakan solat, laiu orang mengikutinya. Keesokannya para sahabat berbicara tentang perkara tersebut sehingga menambah bertambah jumlah jemaah. Demikianlah keadaan itu sehingga hari keempat sehingga majid tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah yang bertambah. Kemudian Baginda hanya keluar untuk solat Subuh. Rasulullah bersabda setelah selesai solat Subuh :

" Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui keadaan kalian, hanya sahaja aku khuatir kalau aku keluaruntuk solat Tarawih, maka solat tersebut akan diwajibkan kepada kalian sehingga kalian tidak mampu  mengerjakannya ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memberi Makan Berbuka Orang yang Berpuasa

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa itutanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang burpuasa tersebut ."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Segerakan Berbuka

Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka mahu menyegerakan berbuka ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syaitan Dibelenggu

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Apabila bulan Ramadan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan ."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Niat Puasa

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tidak ada puasa baginya ."
(Riwayat Abu Daud)

Puasa Wajib

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi . Jika tidak nampak akannya, maka genapkanlah hitungan Syaaban menjadi 30 hari ."
(Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah Menggemari Labu

Anas bin Malik r.a ., meriwayatkan :

" Rasulullah s.a.w ialah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu di hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya ."
(Riwayat Ahmad, al-Darimi, al-Nasa'i dan Abu Daud)

Puasa Hak Prerogatif Allah

Daripada Abu Hurairah r.a ., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Allah berfirman : 'Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya .' "
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)